Saturday, January 15, 2011

BENDERA SABAH



Well as you all know Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di bahagian utara Kepulauan Borneo dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Sabah juga dikenali sebagai 'Negeri Di Bawah Bayu' kerana kedudukan negeri tersebut yang berada di bahagian luar dan selatan zon ribut. Etimologi Asal-usul nama ‘Sabah’ diperolehi daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai ‘pisang saba’ iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat kaum Bajau, yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau di negeri ini. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.

Dan sebenarnya apa yang saya nak kongsi di sini bukanlah nak bercerita tentang sejarah Sabah secara terperinci mungkin ada segelintir kita pun dah tahu or klik je kat internet ni but saya nak kongsi sedikit tentang “Bendera Sabah”. Bendera yang setiap pagi perhimpunan sekolah yang akan dinaikkan dan diiringi dengan lagu “ Sabah Tanah Airku.

Beberapa hari lalu entah macam mana tiba-tiba timbul pula semangat patriotik dalam diri ni, layan punya layan sejarah Malaysia dan Sabah tiba-tiba bendera Sabah ni menarik tumpuan saya. Saya ingatkan bendera Sabah ni sama je dari dulu hingga sekarang rupanya bendera Sabah juga turut bertukar-tukar dan boleh dirujuk kepada sejarah negeri ini sendiri yang pernah ditadbir oleh Kesultanan Brunei, Sulu, British, Jepun dan kembali kepada British dan akhirnya merdeka dalam Malaysia 16 September 1963.

Nak tau lebih lanjut  Sejarah pentadbiran Sabah – Kronologi pentadbiran serta negeri-negeri lain, sila layari...

http://www.worldstatesmen.org/Malay_states.htm

No comments:

Post a Comment